Wednesday 2 October 2013

Tatacara penyewaan atau peraturan sewa rumah

1. Setelah wang sebanyak RM650.00 di serahkan kepada saya dan kunci rumah diserah kepada penyewa, maka pada saat itu rumah telah disewakan. Wang tersebut tidak akan dikembalikan. Pecahan wang RM650.00 adalah seperti berikut:
  • RM250 - deposti sewa sebulan
  • RM250 - sewa untuk bulan tersebut
  • RM50 - deposit air
  • RM50 - deposit letrik
  • RM50 - deposit Indah Water Konsortium
2. Bil air dan bil letrik yang dibaca pada bulan pertama penyewaan tidak perlu dibayar oleh penyewa. Ini kerana bil tersebut adalah tanggungan penyewa sebelumnya. Bil letrik dan bil air pada bulan-bulan seterusnya hendaklah dijelaskan oleh penyewa dengan kadar segera. Bil letrik boleh dibayar di pejabat POS tetapi bil air HANYA boleh di bayar kepada persatuan penduduk. Pejabat berdekatan pintu masuk Siantan Apartment.
3. Sewa rumah hendaklah mula dibayar pada setiap awal bulan dengan cara memasukkan ke dalam akaun bank. Saya beri masa hingga 5 haribulan pada setiap bulan untuk menjelaskan sewa rumah.
Contohnya: Jika anda mula menyewa rumah pada bulan December maka pada awal bulan Januari sewa untuk bulan Januari hendaklah dijelaskan.
4. Dalam masa seminggu menduduki rumah ini segala kerosakan seperti lampu dan kipas tidak berfungsi atau paip tersekat, boleh diadu kepada tuan rumah untuk dibaiki. Selepas tarikh tersebut, segala kerosakan di tanggung oleh penyewa.
6. Penyewa tidak dibenarkan membuat apa-apa sambungan pendawaian letrik dan paip. Pemasangan air-cond tidak dibenarkan.
5. Maintenance RM40 dan cukai pintu di bayar oleh tuan rumah.
6. Jika ingin berhenti menyewa. Penyewa hendaklah memberitahu sebulan lebih awal.
Contohnya Jika tidak lagi mahu menyewa rumah pada bulan Mac maka pada akhir bulan Januari atau awal bulan Febuari penyewa hendaklah memberitahu hasrat tersebut. Maka pada bulan Febuari beliau tidak perlu membayar sewa kerana duit deposit sewa sebanyak RM250 digunakan untuk membayar sewa bulan tersebut. Bulan Mac rumah ini perlu dikosongkan.
Bagi deposit air, letrik dan IWK (RM50+RM50 + RM50 = RM150) akan ditolak dengan bil bulan depan, dalam contoh ini bil yg dikeluarkan pada bulai Mac akan ditolak dari deposit. Bakinya (jika ada) akan dikembalikan kepada penyewa.

15 comments:

  1. nak tanya kalau kita minta keluar awal atas sebab2 yang tak dapat di elakn..mcm mana dengan deposit yg telah diberi..boleh minta balik?

    ReplyDelete
  2. nak tanya kalau kita minta keluar awal atas sebab2 yang tak dapat di elakn..mcm mana dengan deposit yg telah diberi..boleh minta balik?

    ReplyDelete
  3. Nak tye... klau bayaran stamping penyewa akan dpt balik x? Or memang x kan dpt? Mohon pncerahan

    ReplyDelete
  4. Situasi A
    Tuan rumah telah terima wang deposit penuh dr penyewa.ikut perjanjian penyewa akan masuk rumah pada awal bulan hadapan.iaitu 1hb ogos.deposit telah dibayar pada 20hb julai.pada 22hb julai.penyewa telah meminta kembali wang deposit.dgn mengatakan tidak jadi utk masuk rumah.adakah tuan rumah perlu memberi semula wang depoait itu.atau wang deposit itu kira burn.mintak pandangan.

    ReplyDelete
  5. Situasi A
    Tuan rumah telah terima wang deposit penuh dr penyewa.ikut perjanjian penyewa akan masuk rumah pada awal bulan hadapan.iaitu 1hb ogos.deposit telah dibayar pada 20hb julai.pada 22hb julai.penyewa telah meminta kembali wang deposit.dgn mengatakan tidak jadi utk masuk rumah.adakah tuan rumah perlu memberi semula wang depoait itu.atau wang deposit itu kira burn.mintak pandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Sebenarnya sesiapa yang bertanggungjawab untuk menjelaskan bayaran indah water antara pihak penyewa dan tuan rumah? Bagaimana pula dengan cukai pintu dan cukai tanah?

    ReplyDelete
  7. Sy nak mntak pendapatlah. Sepatutnya kalau penyewa tu dah mula menyewa pada bulan april semestinya penyewa kena bayar duit sewa pada awal bulan april kan(1-5hb) bukanya hujung bulan april kan.

    ReplyDelete
  8. Sy nak mntak pendapatlah. Sepatutnya kalau penyewa tu dah mula menyewa pada bulan april semestinya penyewa kena bayar duit sewa pada awal bulan april kan(1-5hb) bukanya hujung bulan april kan.

    ReplyDelete
  9. Sy nk bertya.. Bil IWK sepatutnya siap yg bayar.. Penyewa atau tuan rumah

    ReplyDelete
  10. Potong rumput laman rumah siapa perlu bayar? Tuan rumah atau penyewa. Penin den ngan penyewa ni

    ReplyDelete