- RM250 - deposti sewa sebulan
- RM250 - sewa untuk bulan tersebut
- RM50 - deposit air
- RM50 - deposit letrik
- RM50 - deposit Indah Water Konsortium
3. Sewa rumah hendaklah mula dibayar pada setiap awal bulan dengan cara memasukkan ke dalam akaun bank. Saya beri masa hingga 5 haribulan pada setiap bulan untuk menjelaskan sewa rumah.
Contohnya: Jika anda mula menyewa rumah pada bulan December maka pada awal bulan Januari sewa untuk bulan Januari hendaklah dijelaskan.
4. Dalam masa seminggu menduduki rumah ini segala kerosakan seperti lampu dan kipas tidak berfungsi atau paip tersekat, boleh diadu kepada tuan rumah untuk dibaiki. Selepas tarikh tersebut, segala kerosakan di tanggung oleh penyewa.
6. Penyewa tidak dibenarkan membuat apa-apa sambungan pendawaian letrik dan paip. Pemasangan air-cond tidak dibenarkan.
5. Maintenance RM40 dan cukai pintu di bayar oleh tuan rumah.
6. Jika ingin berhenti menyewa. Penyewa hendaklah memberitahu sebulan lebih awal.
Contohnya Jika tidak lagi mahu menyewa rumah pada bulan Mac maka pada akhir bulan Januari atau awal bulan Febuari penyewa hendaklah memberitahu hasrat tersebut. Maka pada bulan Febuari beliau tidak perlu membayar sewa kerana duit deposit sewa sebanyak RM250 digunakan untuk membayar sewa bulan tersebut. Bulan Mac rumah ini perlu dikosongkan.
Bagi deposit air, letrik dan IWK (RM50+RM50 + RM50 = RM150) akan ditolak dengan bil bulan depan, dalam contoh ini bil yg dikeluarkan pada bulai Mac akan ditolak dari deposit. Bakinya (jika ada) akan dikembalikan kepada penyewa.