Wednesday, 16 July 2014

Rumah flat untuk disewa RM250 sebln

Lokasi di Taman Putra Perdana

Iklan ditutup. Telah ada penyewa.

Sewa RM250.00 sebulan. 3 bilik tidur dan 1 bilik air.Semua kemudahan awam tersedia dan berdekatan seperti kedai-kedai runcit, 7-elevan, pasar malam, surau, pusat penjaja, gelanggang Futsal, balai polis, sekolah agama, sekolah menengah dan sekolah rendah.

Laluan bagi bas RAPIDKL dan METRO perjalanan bas melalui TESCO puchong, IOI, Jalan Kelang Lama ke Pudu Raya.

Untuk menyewa.
Sebulan deposit sewa rumah (RM250)
Sebulan sewa untuk bulan December 2009 (RM250)
Deposit air(RM50.00)
Deposit letrik (RM50)
Deposit Indah Water (RM50)
Jumlah = RM650.00.

cukai pintu dan maintenance(RM40) di bayar oleh tuan rumah.

Jika ada pertanyaan. Sila email: tanaimharun@gmail.com

Wednesday, 2 October 2013

Tatacara penyewaan atau peraturan sewa rumah

1. Setelah wang sebanyak RM650.00 di serahkan kepada saya dan kunci rumah diserah kepada penyewa, maka pada saat itu rumah telah disewakan. Wang tersebut tidak akan dikembalikan. Pecahan wang RM650.00 adalah seperti berikut:
  • RM250 - deposti sewa sebulan
  • RM250 - sewa untuk bulan tersebut
  • RM50 - deposit air
  • RM50 - deposit letrik
  • RM50 - deposit Indah Water Konsortium
2. Bil air dan bil letrik yang dibaca pada bulan pertama penyewaan tidak perlu dibayar oleh penyewa. Ini kerana bil tersebut adalah tanggungan penyewa sebelumnya. Bil letrik dan bil air pada bulan-bulan seterusnya hendaklah dijelaskan oleh penyewa dengan kadar segera. Bil letrik boleh dibayar di pejabat POS tetapi bil air HANYA boleh di bayar kepada persatuan penduduk. Pejabat berdekatan pintu masuk Siantan Apartment.
3. Sewa rumah hendaklah mula dibayar pada setiap awal bulan dengan cara memasukkan ke dalam akaun bank. Saya beri masa hingga 5 haribulan pada setiap bulan untuk menjelaskan sewa rumah.
Contohnya: Jika anda mula menyewa rumah pada bulan December maka pada awal bulan Januari sewa untuk bulan Januari hendaklah dijelaskan.
4. Dalam masa seminggu menduduki rumah ini segala kerosakan seperti lampu dan kipas tidak berfungsi atau paip tersekat, boleh diadu kepada tuan rumah untuk dibaiki. Selepas tarikh tersebut, segala kerosakan di tanggung oleh penyewa.
6. Penyewa tidak dibenarkan membuat apa-apa sambungan pendawaian letrik dan paip. Pemasangan air-cond tidak dibenarkan.
5. Maintenance RM40 dan cukai pintu di bayar oleh tuan rumah.
6. Jika ingin berhenti menyewa. Penyewa hendaklah memberitahu sebulan lebih awal.
Contohnya Jika tidak lagi mahu menyewa rumah pada bulan Mac maka pada akhir bulan Januari atau awal bulan Febuari penyewa hendaklah memberitahu hasrat tersebut. Maka pada bulan Febuari beliau tidak perlu membayar sewa kerana duit deposit sewa sebanyak RM250 digunakan untuk membayar sewa bulan tersebut. Bulan Mac rumah ini perlu dikosongkan.
Bagi deposit air, letrik dan IWK (RM50+RM50 + RM50 = RM150) akan ditolak dengan bil bulan depan, dalam contoh ini bil yg dikeluarkan pada bulai Mac akan ditolak dari deposit. Bakinya (jika ada) akan dikembalikan kepada penyewa.

Thursday, 23 May 2013

Peta ke arah Siantan Apartment

Untuk mencari arah ke Siantan Apartment Taman Putra Perdana sila gunakan Google Maps atau klik link di bawah

https://maps.google.com/maps?f=d

 
 


Thursday, 21 February 2013

Sekolah Rendah Agama Putra Perdana

Sekolah Rendah Agama Putra Perdana. 1 kilometer dari Siantan Apartment

Thursday, 7 October 2010

Rumah Flat Blok J

Ini lah rumah flat untuk disewa di Blok J, tingkat 4, rumah nombor 11. Tiada lift. Sekarang ini pihak persatuan penduduk telah membentuk JMB dan meletakkan pengawal keselamatan 24 jam.


Wednesday, 25 November 2009

Tuesday, 3 November 2009

Kedai


Deretan kedai-kedai sedia ada, 7-11, kedai runcit, bengkel kereta/motor, dobi, restoran, cyber cafe dan berbagai lagi.